Saturday 15 October 2011

Erti sahabat..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Sahabat, kawan, teman? Semua orang ada sahabat kan? Saya pun ada jugak... Setakat ni sahabat saya kat rumah opkos lah suami saya. Dia memang my best fren, sejak kami bercinta, bertunang dan berkahwin... Saya boleh cerita apa sahaja dengan dia tanpa ragu2. Saya boleh minta tolong dengan dia... dan pastinya saya juga lakukan perkara yang sama terhadap dia... sentiasa berada di sisinya pada masa susah dan senang.

Then, sahabat saya seterusnya ialah ateh - adik saya yang no 4. Dia pun sahabat baik saya. Kebetulan, dia mengajar di sekolah yang berhampiran dan memang selalu lepak lak kat umah kalau dia xde tugasan di sekolah. Angah (adik no 2) dan adik (adik bongsu) pun sahabat saya jugak tapi sebab diaorang jauh so x selalu boleh lepak sama2 macam si Ateh ni.

Azeeq (my son) pun sama. Tapi sebab dia ni under age lagi (7 tahun) so, x banyak bendalah kitaorang boleh kongsi. Tapi dia sahabat saya yang setia menemani saya pergi dan balik sekolah. Hari tu dia x sihat dan x boleh pegi sekolah, saya pergi sekolah sorang2 dengan linangan air mata... huhuhu...

Kiranya, itulah sahabat2 saya yang semasa. Masa sekolah rendah saya paling baik dengan Zulaina. Satu kampung dengan saya tapi dia anak orang kaya. Saya sangat kagum tengok rumah dia masa tu (Tahun 1984) rumah dia 2 tingkat. Bilik tidur dia pun x share ngan sape2. Masa darjah 6 saya baik dengan Syahida Hanim. Anak cikgu dan masa darjah 6 dia dah pandai bawak motor. Kalau ada aktiviti kat sekolah, dia datang rumah saya ambik saya pegi sekolah naik motor!

Masa kat sek menengah saya baik dengan Suhaila, Mimi, Liza, Tini, Aisyah dan Zatul. Kira macam genglah. Tini penah hantar gambar dia masuk ruangan dalam majalah Remaja dan lepas itu dia sangat glamer... hahahaha... Sorry Tini! Lepas tu saya duduk kat asrama dan saya paling baik dengan kak Ronita.. Dia sangat baik hati dan lembut orangnya. Tiap2 pagi dia akan kejut saya bangun dan 'cop'kan bilik air untuk saya. K Ronita ni masa tu ketua dorm aspuri saya.

Then masuk form 6 kat al Khairiah, saya dapat geng baru. K Mimah, K Suzila, K Cik Yana, K Jie, K Ben dan Intan. Ramai akak2 ye... sebab saya lompat kelas jadi diaorang tu semua kebanyakannya tua setahunlah dari saya. Saya jugak baik sangat dengan k Nazima (luv u sis!) Dia selalu ajak saya balik kat umah dia kat Sanggang dan bawak saya jalan2 naik motor. Sampai ke temerloh kitaorg naik motor!

Masuk UUM, saya kenal ngan Syahiroh, my 1st room mate. Tapi dia ni sangat aktif dan bagus terutama dalam kepimpinan, So, dia dilantik jadi fellow dan dapat duduk bilik sorang. Saya duduk ngan Salnita (my everdearest room mate!) Dia ni memang baik dan saya memang saya sayang sangat2 kat dia. Dalam masa ni jugak saya kenal Dayang, Suzi, Mariam, Echa, Salwa, k atul... Dayang ni pun sama, luarannya nampak cam sombong, tapi tersangatlah baik... x kenal maka x cinta....

(nanti sambung lagi cerita ye....)

2 comments:

  1. nasib baik nampak sombong,tapi tak sombong....hahaha..ingat lagi ko nak pinjam kain warna biru..aku gabra sebenarnya..aku pemalu dan sangat rendah diri.maklumlah,akukan org sarawak,bahasa pun lain.nak bercakap ngan cikgu,berhari2 aku karang bahasa melayu..hehehe..apapun,korang memang best..thanks sebab menjadi kawan aku...

    ReplyDelete
  2. Iyelah kan... baru2 kenal terus nak pinjam kain. Maybe sebab kita sama saiz kan... hahahaha... Ingat pulak aku daging masak paprik Mak Tun ngan terubuk goreng dia kan....

    ReplyDelete