Saturday 15 October 2011

Erti sahabat..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Sahabat, kawan, teman? Semua orang ada sahabat kan? Saya pun ada jugak... Setakat ni sahabat saya kat rumah opkos lah suami saya. Dia memang my best fren, sejak kami bercinta, bertunang dan berkahwin... Saya boleh cerita apa sahaja dengan dia tanpa ragu2. Saya boleh minta tolong dengan dia... dan pastinya saya juga lakukan perkara yang sama terhadap dia... sentiasa berada di sisinya pada masa susah dan senang.

Then, sahabat saya seterusnya ialah ateh - adik saya yang no 4. Dia pun sahabat baik saya. Kebetulan, dia mengajar di sekolah yang berhampiran dan memang selalu lepak lak kat umah kalau dia xde tugasan di sekolah. Angah (adik no 2) dan adik (adik bongsu) pun sahabat saya jugak tapi sebab diaorang jauh so x selalu boleh lepak sama2 macam si Ateh ni.

Azeeq (my son) pun sama. Tapi sebab dia ni under age lagi (7 tahun) so, x banyak bendalah kitaorang boleh kongsi. Tapi dia sahabat saya yang setia menemani saya pergi dan balik sekolah. Hari tu dia x sihat dan x boleh pegi sekolah, saya pergi sekolah sorang2 dengan linangan air mata... huhuhu...

Kiranya, itulah sahabat2 saya yang semasa. Masa sekolah rendah saya paling baik dengan Zulaina. Satu kampung dengan saya tapi dia anak orang kaya. Saya sangat kagum tengok rumah dia masa tu (Tahun 1984) rumah dia 2 tingkat. Bilik tidur dia pun x share ngan sape2. Masa darjah 6 saya baik dengan Syahida Hanim. Anak cikgu dan masa darjah 6 dia dah pandai bawak motor. Kalau ada aktiviti kat sekolah, dia datang rumah saya ambik saya pegi sekolah naik motor!

Masa kat sek menengah saya baik dengan Suhaila, Mimi, Liza, Tini, Aisyah dan Zatul. Kira macam genglah. Tini penah hantar gambar dia masuk ruangan dalam majalah Remaja dan lepas itu dia sangat glamer... hahahaha... Sorry Tini! Lepas tu saya duduk kat asrama dan saya paling baik dengan kak Ronita.. Dia sangat baik hati dan lembut orangnya. Tiap2 pagi dia akan kejut saya bangun dan 'cop'kan bilik air untuk saya. K Ronita ni masa tu ketua dorm aspuri saya.

Then masuk form 6 kat al Khairiah, saya dapat geng baru. K Mimah, K Suzila, K Cik Yana, K Jie, K Ben dan Intan. Ramai akak2 ye... sebab saya lompat kelas jadi diaorang tu semua kebanyakannya tua setahunlah dari saya. Saya jugak baik sangat dengan k Nazima (luv u sis!) Dia selalu ajak saya balik kat umah dia kat Sanggang dan bawak saya jalan2 naik motor. Sampai ke temerloh kitaorg naik motor!

Masuk UUM, saya kenal ngan Syahiroh, my 1st room mate. Tapi dia ni sangat aktif dan bagus terutama dalam kepimpinan, So, dia dilantik jadi fellow dan dapat duduk bilik sorang. Saya duduk ngan Salnita (my everdearest room mate!) Dia ni memang baik dan saya memang saya sayang sangat2 kat dia. Dalam masa ni jugak saya kenal Dayang, Suzi, Mariam, Echa, Salwa, k atul... Dayang ni pun sama, luarannya nampak cam sombong, tapi tersangatlah baik... x kenal maka x cinta....

(nanti sambung lagi cerita ye....)

Sunday 2 October 2011

Kisah sehingga hari ini....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... (sangat lah cikgu... hik hik hik..)
Lamanya x jenguk kat sini. Lepas UPSR rupanya jadual makin penuh dengan aktiviti kat luar. Kursus KSSR Muzik Tahun 2 selaama 4 hari. (lebih2 dah hari kad biru cikgu Zura ye).
Lepas tu sibuk pulak ngan paper work Lawatan KL budak2 Tahun 6 ni. Suka bukan main dapat berjalan masing2 ye. Nyaris2 x lepas paper work cikgu Zura, x cukup 5 minggu. Pegawai JPN call masa tengah kursus, hp silent so x dengarlah. Then, diaorang telefon sekolah. Nasib baiklah dua sahabat kat ofis tu cover baik punyer. Siap faxkan terus surat alasan... hehehe... TQ Su and Na... nanti kita beli ole2 ye dari KL.... So, kira jadilah ke KL. Pegi 4 tempat je. Pusat Sains, Petrosains and Aquaria. Singgah makan pizza kat Giant Batu Caves.. (eh, ada ke kedai pizza kat situ ek?) Shopping2 sikit, balik Pahang. Tambang RM50 je. Murah giler kan? Sebabnya team Tahun 6 tahun ni dapat rezeki melimpah ruah. From JKKR, from FELDA and from Datuk Ismail Sabri untuk program kecemerlangan. Ada lebih2 sikit duit tu, bolehlah bawak diaorg jalan2... Sambil mengukuhkan lagi P&P... hehehe...
Rabu baru ni husband buat laser mata. Hari ni dah tambah better, syukur Ya Allah atas peluang kedua yang Kau berikan kepada suamiku untuk melihat dengan lebih baik... Lagi 2 minggu nak buat mata kanan pulak.. Aku? I'm so sorry.. setakat ni ialah NEVER! Sangat seram ye...
Dahlah ye... nak siap2 keluar sekejap beli my lens solution ngan kasut Azeeq (dia lupa basuh kasut!) huhuhu....
Salam petang ahad... :)